Percutian ke bandung pada 07 Oktober 2012 selama 4 hari 4 malam. Tiket flight yang di beli pada harga RM240 untuk 2 orang pergi balik.Begitu murah harga tiket nya yng diambil bulan Februari.Sungguh berbaloi-baloi....Sebelum pergi ke Bandung Ana sudah membuat sedikit survey melalui Internet mengenai Bandung.So Di sini Ana just ingin berkongsi pengalaman Ana ke Bandung tanpa menggunakan ejen atau pakej percutian dari Malaysia..Dengan Cara begini lebih Jimat..Untuk Hotel, makan, transport dan juga melawat tempat menarik, Ana hanya habiskan lebih kurang RM1200 untuk hotel,supir dan makan. Flight kami tiba di airport husin sasteranegara bandung pada pukul 12;30 waktu Indonesia.Kami di Jemput oleh supir Pak Amin.Cuaca ketika tiba di airport agak sejuk sekitar 25 degree celcius.

Kami di bawa menginap di Hotel Guntur (RM110) sarapan pagi di sediakan.Biliknya agak selesa untuk kami berdua.Oleh kerana terlalu selesa, kami terlewat bangun iaitu pukul 9.30 pagi waktu indonesia....kalau waktu malaysia dah pukul 10.30 pagi. Pak Amin sudah menunggu di Lobi untuk membawa kami ke Pasar Baru....Pak Amin yang sabar menunggu
Keadaan luar bilik Hotel Guntur
Ini lah gambar di pasar baru...rambang mata kami nak mulakan dari mana dulu.Nasib baik Pak Amin sudah aturkan seorang pembantu iaitu Fitrah (dalam gambar). Dia membantu kami pergi ke kedai2 yang harga nya ok di samping memberi pendapat dan membawa barang dan kamera kami..hi hi hi
Ana melihat kain untuk di buat suite atau baju melayu...sehari dah siap.Tapi Ana tak buat pun..hu hu hu
Pak Amin - Supir yang sedia membawa kami ke mana sahaja .Pak Amin ni orangnya tak berkira sgt. Cakap sahaja di mana anda ingin pergi...pasti akan di bawanya..tiada caj tambahan walaupun sampai lewat malam...
Banyak nya lauk...jangan risau, hanya lauk yang di makan sahaja yang di kira ( masakan Padang)
Biasala..keadaan lalulintas di Bandung ..sentiasa sibuk dan sesak.Tiada jalan yang tak sibuk di bandung.Orang Malaysia memang tak boleh memandu di Bandung...Di Bandung suhu nya tidak sepanas di Malaysia...
Pakaian berjenama...
Makan Malam...nasi timbel..sedap
Makanlah di restoran Karamba....
Volcano Tangkuban Perahu....kawasan memang sejuk
Masakan sunda...berselerak sungguh dengan masakan kampung...nasinya putih bersih
Rileks jer jual senapang kat tepi Jalan...kalau boleh bawa balik Malaysia, memang ana dah beli satu...harga murah jer RM200 pun ada
Ha..ni datang balik Pasar Baru....kedai ni murah...Ana ayat mamat ni sampai dapat baju t-shirt 2 helai Rp50.000 jer.Kualiti baju memang ok
Jaket kulit biri-biri yang ana rembat satu Rp 775.000...Pakai memang selesa
Cewek-cewk Indon
Sebelum balik ke Malaysia...di kawasan taman di Hotel praditsya...Hotel murah jer Rp225.000.
Sebelum balik Pak Amin pesan, kalau ada teman-teman mahu ambil pakej murah dengan dia bagi tau la....Di bandung Pak Amien memang terkenal dengan perkhidmatan sewa kereta nya. Harga nya yang murah termasuk pemandu (supir) , petrol,parking dan tol.Memang murah sangat jika di bandingkan dengan di Malaysia.
MPV 12 seater, RM 250 termasuk petrol parking dan supir
MPV 17 Seater RM 300
Toyota avanza RP 450 ribu
Toyota Inova Rp 650 ribu
Toyota Computer 14 Seater Rp 900 ribu
Manakala jika ambil pakej:
Untuk 4 Hari 3 Malam, Pak Amin tawarkan RM500/pax (Hotel,Pengangkutan,Makan Tengahari,malam).
InsyAllah......Yang pasti Ana akan datang lagi dengan menggunakan pakej Pak Amin tawarkan
Percutian yang lebih jimat di
Percutian ke bandung part 2
By :
syed_shamsul@yahoo.com.my /
www.syedhomestay.blogspot.com