Khamis, 28 Ogos 2014

Lokasi Syed Homestay

Disini saya berikan koordinat syed homestay. Anda cuma perlu set sahaja dalam GPS anda Coordinates: 3°45'16"N, 103°14'32"E

Anda juga boleh klik link dibawah untuk melihat peta wikimapia, iaitu lebih kurang macam google map la.Di dalam peta tersebut saya telah tandakan petak ""Syed Homestay".
Terima kasih 

 


Di bawah ini ialah lakaran laluan ke Syed Homestay
 
 
Peta Laluan Ke Syed Homestay



Selasa, 26 Ogos 2014

Percutian Ke Bandung Part 2

Ini adalah percutian kami ke Bandung buat kali ke 2 pada 8 Jun -10 Jun 2014 selama 3 hari 2 malam.Dengan harga Tiket Air Asia serendah RM 328 untuk 2 orang pergi dan balik.Murah kan...seorang hanya RM 164 sahaja. Dan percutian yang boleh dikatakan paling rendah setakat ni kerana Ana hanya membelanjakan tiket untuk kapal terbang sahaja...yang selebihnya di biayai oleh supir Pak Amien..Dengan kata lain Pak Amien belanja Ana...Macam mana tu???Itupun pak amien berkali-kali call Ana supaya datang ke Bandung.Katanya ramai tetamu dari Malaysia yang lihat blog Ana dan secara tak langsung terpromosi perkhidmatan pak amin. Tu la sebab Pak Amien sanggup belanja Ana ...rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari.

KLIA 2
Kali ini kami pergi hanya untuk jalan-jalan sahaja dan malas nak bershopping sakan....
Ini lah Pak Amien.Tiba sahaja di airport hussien Sasteranegara Bandung, sudah ada Pak Amien menunggu dan terus membawa kami ke tempat minum ekslusif tetapi harganya murah jika di bandingkan di Malaysia. Makan minum sepanjang di Bandung di biayai sepenuhnya oleh Pak Amien.Ingatkan Pak Amien sediakan hotel dan transport sahaja.Rupa-rupanya makan minum sekali...makanan dan minum memang yang istimewa...tak pernah jumpa kat Malaysia.

SIMPATI prepaid card pun orang bagi...pakai ni jer senang nak berwhat app and facebook.Murah bangat 
Lepak makan malam kat sini pulak. Ini ialah nasi bakar.....nampak simple tapi menyelerakan sekali.
 Lokasi di dalam bangunan Pasar Baru yang famous tu. Ana biasalah mesti mencari jersey basikal dulu....murah bangat pak.Jersey ni baru RP45,000 ( RM12 ). Kalau kat malaysia ni paling murah pun RM40-50.

 Makan tengahari di Simpang Raya. Ini lah makanan sunda.....Lauk pauk yang banyak..pilih dan makan...nanti Pak Amien yang bayarkan hi hi hi
 Satu lagi tempat yang wajib singgah jika ke Bandung.....Toko Tiga gedung Jeans yang berjenama. Puas hati beli kat sini....dah la murah...siap potong kaki seluar kekalkan yang asal.So nampak macam tak potong la kaki seluar tu

 Malam nya pula....kami di bawa oleh Pak Amien ke Stone Caffe...salah satu tempat yang esklusif.Makananya yang enak2 dan suasana tempat makan yang mendamaikan iaitu permandangan dari atas bukit. Sambil makan kita boleh melihat permandangan waktu malam kota Bandung.

Nun di bawah sana Kota Bandung 

Stone Caffe...sambil makan sambil mendengar lagu..

Bali Heaven
 Factory outlet
Pak Amien berposing sebelum masuk ke tempat massage di Bali Heaven

Bapak mau Massage ya...

 Yang manis di sebelah Pak amien itu ialah adik ipar Pak Amien  (Tania), pembantu dan tour guide.

Disamping massage dan bershopping di Bali Heaven.....tempat makannya juga menarik.Nyaman sekali dengan suasana dalam taman..

Es Doger baven ( best air ni)

Nasi Goremg Kelapa

Gelagat budak-budak sekolah

Tu dia satu-satunya supir perempuan (Tania)
Musola (surau) setiap tempat membeli belah di sediakan musola.

Di airport bandung, sementara menunggu pesawat untuk pulang...sikit kan barang-barang yang dibeli
Selamat Tinggal Bandung....

Sebelum Pulang Pak Amien pesan kalu ada teman-teman dari Malaysia ingin ke bandung boleh la rujuk pakej yang pak amien tawarkan ni atau boleh rujuk post saya sebelum ni untuk melihat kadar sewa pengangkutan dan sebagainya di http://www.syedhomestay.blogspot.com/2012/10/percutian-ke-bandung.html
Manakala jika ambil pakej:
Untuk 4 Hari 3 Malam, Pak Amin tawarkan RM500/pax (Hotel,Pengangkutan,Makan Tengahari,malam).
 @
Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan contact no Pak Amien Arista boleh la komen di bawah ini atau boleh email ke Ana di syed_shamsul@yahoo.com.my
nak what app pun boleh +60132971003