Ahad, 26 Mac 2017

Homestay Murah di Kuantan


Homestay Murah di Kuantan


Syed Homestay menawarkan penginapan yang murah dan selesa iaitu serendah RM90 satu malam.Jika menginap lebih dari satu mlm harga boleh di bincangkan lagi.Kami memiliki dua buah rumah iaitu Rumah A dan Rumah B. Rumah A berkonsepkan batu manakala Rumah B berkonsepkan "rumah kayu". Sila klik link dibawah untuk melihat lebih lanjut diantara Rumah A dan B :
Sila call, sms atau what app Syed :  017-9753931

Rabu, 8 Februari 2017

Bagaimana Untuk Travel Sendiri Cara Bajet.Ikuti Pengalaman Saya Ke Perth Australia


Percutian kami seramai 5 orang. Saya dan isteri bersama adik lelaki dan adik ipar 2 org. Tiket flight pergi balik dalam RM600 sorang pergi balik. Booking pada Ogos 2016 dan terbang pada September 2016....memang tak plan pun. Percutian selama 4 hari 3 malam tu main redah jer tak amik pun mana2 pakej. Sebelum pergi saya dah survey tanya pakcik google.
Kalau tengok gambar dengan kanggaru ni adalah masa hari kedua kami di Perth. Seawal jam 8.30 pagi kami sudah keluar dari apartment yg kami sewa di Aldernay Hay. Sampai di Caversham Wildlife Park dalam pukul 9.00 pagi. Orang pun masih tak ramai...so kami la orang pertama yang masuk kat dalam "pagar kanggaro". Masuk jer terus kanggaru ni serbu kami...wahhhh best nyaaaa


Tempat ni memang wajib pergi kalau datang ke Perth....memang best la macam-macam binatang yang tak pernah jumpa kita boleh tengok. Suasananya yang sejuk sekitar 15 degree.Tengahari baru  kami keluar dari Caversham Wildlife Park...lepak2 kat taman di luar ...makan maggi kat taman-taman sekitar caversham wildlife park...mmg syokkkk la

Lebih kurang pukul 12:00 tengahari kami bertolak terus ke Fremantle....guna waze jer senang. Tapi kalau guna google map kat area perth sebenarnya lagi senang.Orang Malaysia yang datang ke perth perlu sabar jika memandu di sini kerana setiap sign board had laju perlu di patuhi. Jika laluan berkenaan 40km/j...so bawak la 40 km/j dan jangan lebih....nanti kena saman AUD 200 on the spot. Memang respek la dengan pemandu-pemandu di perth ni sbb mereka respek antara satu sama lain....yang bawak gila babi mmg tak nampak la.Yang "rahsia kan signal" mmg tak der langsung....relax dan tenang  jer diorang drive...paling laju kat hway pun 100km/j. Yang best tak der tol ha ha ha ....hway besar gak sama ngan Malaysia
Jika dah sampai di sini wajib makan di Cicerello's Fremantle bersebelahan dengan kailis fish market. Hidangan yang besar tu baru AUD 15...
Sebenarnya kami park kereta di kawasan parking 24 jam.....rasanya dalam AUD 12 parking utk 4 jam. So kami berjalan la lebih kurang 15 minit ke tempat makan seafood tu
Sebenarnya ni tempat pertama kami singgah...kami sampai di perth seawal jam 5:30 pagi...sebelum tu Jerry proton dah bawak kami jalan2 cari sarapan. Dalam pukul 8:00 pagi kami dapat kereta terus menghala ke Swan River....memang tak tau apa2 selok belok kat perth...risau kena saman pun ada...nak parking merata-rata pun risau gak.
Haaaa...tempat pertama kami shopping.Kawan kami yang dah sampai sini yang tag location ni. Almaklumla kami ni Distributor Direct Amway...so nak tgk jugak Amway di negara orang.Sempat la kami shopping macam-macam barang yang tak der kat Amway Malaysia. Alhamdulillah...dengan bonus Amway dapatla kami merasa berjalan ke negara Orang...bukan nak promote...tapi kalau ada yang nak try boleh la roger kami hi hi hi ..
The Pinnacles, Nambung National Park, Western Australia
Hari ketiga kami keluar dari apartment seawal jam 7:30 pagi drive keluar dari Perth City menuju ke Pinnacles dan Lancelin. Perjalanan sejauh 195 km iaitu lebih kurang 2 jam 15 minit. Kami target pergi Pinnacles dahulu dan on the way balik baru singgah Lancelin.Sebelum keluar dari perth city kami pastikan minyak di isi penuh sebab minyak di kawasan luar bandar agak mahal tapi minyak masih murah jika di bandingkan dengan Malaysia. AUD 1.09 per liter. Sepanjang berada di perth kami hanya menggunakan AUD 60 sahaja lbh kurang perjalanan 570km untuk 4 hari 3 malam.

Ini lah permandangan sepanjang 2 jam perjalanan kami menuju Pinnacles. Ni di namakan Free Way, so boleh la laju sikit sbb speed limit 110km/j. Laluan agak sunyi...kurang kenderaan yang lalu lalang. Pastikan sentiasa perhatikan signboard di mana kawsan kanggaro dan binatang lain yg melintas....yang pasti lembu tak der berkeliaran di tepi jalan. Di nasihatkan jangan memandu diwaktu malam kerana  kangarro tertarik dengan lampu kereta.

Saja jer berenti tepi jalan nak amik gambar.....SubhanaAllah indahnya ciptaan Allah. Ini adalah permandangan di persisir lautan hindi sebelum sampai The Pinnacles


Desert yang penuh dengan batuan kapur yang terbentuk daripada hakisan angin dan air. Hasil dari fenomena hakisan ni  maka terbentuklah batuan kapur yang unik gila. The Pinnacles ni terletak di dalam Nambung National park. National park kat Aussie ni memang besar ya amat . Masuk dalam kawasan ni hanya AUD12 untuk per car....




Enjoyyyyy


 Kalau bawak Mountain Bike syok ni cilok-mencilok dengan cuaca yang nyaman dan sejuk.....

ketika ni jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari...perut pun dah rasa lapar. Kebetulan bawak roti dan tuna...boleh la makan untuk mengalas perut.

Selesai menikmati permandangan yg mmg menakjubkan di Pinnacles. Kami bertolak menuju ke lancelin.....lokasinya adalah laluan yang sama untuk balik ke perth city.Lebih kurang 80km dari pinnacles ke lancelin. Yang tengah mendaki naik itu lah saya.....

Sand board tu sewa aud 10 kat kedai lucky seven....kat situ jer murah sewa. Dah sewa tu boleh layan meluncur diatas pasir yang halus.Ada bukit yang 45 degre...ada yang 60 degree...kalau larat boleh la try 2,3 kali turun naik bukit. Tengahari buta matahari atas kepala dok main menda ni tapi peluh sikit pun tak keluar
Dah puas bergambar dan main sand boarding, kami cari port kat tepi pantai untuk solat dan berkelah dengan makanan yg di bawa dari apartment. Kat sini orangnya tak ramai dan kemudahannya lengkap jika untuk berkelah...Lebih kurang pukul 3:00 petang jugak la kami baru jumpa nasi...

Sebelum balik ke apartment, kami singgah di sini dulu.Wajib amik gambar kat Swan River ni. Tempat nya tak jauh dari perth city...beberapa minit jer

Ini lah permandangan perth city...tenang jer bandarnya. Sebelum kami ke airport untuk pulang ke Malaysia, kami merayau2 kat sini dulu.Banyak kedai tak buka lagi sbb pukul 11.00 pagi kedai atau mall baru buka. Syok jalan2 dalam bandar perth ni

Bergambar di Perth City dulu sebelum pulangkan kereta sewa ni....sebenarnya tak cukup 4 hari 3 malam kalau bercuti ke perth ni.Banyak tempat2 best...

Ini lah budget kami sepanjang berada disana....boleh la sapa2 nak buat rujukan.

Beberapa Tips:
1.Memandu pastikan ikut had laju dan sign board....kena saman min AUD 200
2. Hati2 memandu diwaktu malam dan kawasan luar bandar, takut kanggaro melompat
3. Ambil la travel insuran sblm ke perth
4. Pastikan amik insuran kereta semasa menyewa kereta...semak dulu policy nya
5. Parking kena ikut plot yg disediakan dan pastikan mematuhi tempoh yg di benarkan parking. Contohnya kalau 2p maknanya 2jam...kalau 1p, 1 jam la
6.Makanan halal banyak di sekitar perth city ni seperti kebab dll
7. Makanan basah pun banyak kat kedai2 sini...tak yah bawak dari Malaysia pun tak per sbb kat sini pun murah makanan basah atau kering utk masak


Khamis, 16 Jun 2016

PERANG MUSUH BISIK - SIRI 2(Kisah Leluhurku)




TUNKU KUDIN (Syed Zainal Abidin Shahabuddin)
PELARIAN-pelarian Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai bertenang sejenak melihat telatah Siam dari jauh tetapi orang-orang yang menghuni Negeri Kedah dari Terang di Utara hingga ke Sungai Kerian di Selatan yang menghadapi penderitaan dan penghinaan selama ini telah mencetuskan pemberontakan di sana sini.
Dalam tahun 1821 Kedah mempunyai seratus dua puluh lapan buah mukim yang bererti mempunyai seratus dua puluh lapan buah masjid bertaburan di seluruh negeri. Mengikut adat pada masa itu, sebuah masjid didirikan di tiap tempat yang mempunyai sekurang-kurangnya empat puluh empat orang lelaki Islam yang wajib berkumpul menunaikan sembahyang Hari Jumaat. Maka terdapatlah mukim-mukim yang luas dengan penduduk yang tidak ramai dan mukim-mukim yang kecil tetapi padat. Umpamanya di Alor Setar, masih dikenali sebagai Kota Setar, mempunyai dua ribu buah rumah, di Kuala Kedah terdapat seribu buah rumah, di Limbong lima ratus buah rumah, di Anak Bukit tiga ratus buah rumah, di Padang Kerbau terdapat tiga ratus sembilan puluh buah rumah, di Derga serta Titi Siam terdapat seratus buah rumah, di Pengkalan Gajah Mati seratus buah rumah, di Yan seratus buah rumah dan di Pulau Tiga terdapat juga seratus buah rumah.
Di tempat-tempat lain, mengikut catitan Anderson yang membuat temu-ramah dengan pembesar-pembesar Kedah di Pulau Pinang, orang tidak ramai dan masjidnya kecil-kecil. Di Gunong Sali terdapat tujuh puluh buah rumah, di Tajar empat puluh buah rumah, di Akar Peluru dua puluh buah rumah, di Pagar Ayer terdapat lapan puluh buah rumah, (sama banyak dengan rumah-rumah di Kuala Kangsar pada masa yang sama), di Padang Terap dua puluh buah rumah, di Pedu juga terdapat dua puluh buah rumah, dan di Merbok ada enam puluh buah rumah.
Selain dari itu bertaburanlah rumah-rumah orang Melayu di pinggir-pinggir sungai dan di kawasan persawahan, di kelian-kelian bijih dan di kaki-kaki bukit tempat mengumpul rotan dan damar. Di bawah pemerintahan Siam, tempat-tempat ini telah lengang, masjid-masjid tidak berjumaat lagi, sawah terbiar dan bandar Alor Setar dipenuhi hutan-hutan, kampong-kampong lain menjadi rimba, sesuai untuk melancarkan serangan-serangan gurila.
Anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin, Tunku Kudin, tinggal di Seberang Perai telah dipujuk supaya memimpin satu angkatan perang menentang Siam. Tunku Kudin ialah anak kepada seorang Arab berbangsa saiyid dari Palembang yang bertalian darah dengan keluarga di Raja Kedah. Nama Tunku Kudin sebenarnya ialah Syed Zainal Abidin. Beliau tinggal di Alor Setar, berhijrah ke Seberang Perai bersama orang-orang pelarian lain.
Siam di Kota Kuala Muda mengetahui sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Tunku Kudin telah mengupah beberapa orang jahat untuk membunuh beliau. Penduduk-penduduk yang tinggal di keliling rumahnya telah berjaya mengusir orang-orang upahan Siam ini dan menyelamatkan Tunku Kudin.
Pada suatu malam, sebiji letupan telah berjaya dipasang oleh orang-orang upahan Siam dirumahnya dan telah meletup dengan kuat ketika manusia sedang tidur nyenyak jam tiga pagi. Tunku Kudin telah dijilat api dan melecur sebelah tubuhnya. Azam Tunku Kudin menentang kekejaman Siam bertambah kuat apabila beliau sedar bahawa isteri beliau dan tiga orang anak-anaknya meninggal dunia akibat letupan tersebut, kecuali Syed Hussein Shahabuddin dan Syed Hassan Shahabuddin.
Tunku Kudin telah kehilangan semua yang disayanginya, isteri dan tiga orang anak-anaknya, rumah dan harta benda. Yang bertambah kuat ialah sumpah dan azam menuntut bela.
Orang-orang Melayu di Seberang Perai berkumpul memberi sokongan kepada Tunku Kudin untuk melepaskan kampong halaman di Kedah dari cengkaman Legor. Jumlah orang-orang Melayu yang tegak di belakang Tunku Kudin tidak Kurang dari lima ribu orang. Pada waktu dan ketika yang baik lagi sempurna, perahu-perahu kecil dan besar, beratus-ratus buah banyaknya, lengkap dengan tetunggul dan panji-panji, telah bergerak ke Kuala Kedah. Di sepanjang jalan, angkatan tersebut diturut-sertai pula oleh perahu-perahu dari Kuala Muda, Kuala Merbok, Kuala Yan, Kuala Sala dan Kuala Tebengau. Selepas berihat di Pulau Bunting, angkatan Tunku Kudin terus belayar ke Kuala Kedah dan disana ditemui pula oleh perahu-perahu dari Pulau Langkawi yang turut menghantar bantuan.
Siam-siam yang bersedia di luar Kota telah membedil perahu-perahu Melayu yang mendarat dan dibedil balas oleh angkatan laut Melayu. Pengawal-pengawal Kota mencuba seberapa daya menghalang kemaraan orang-orang Melayu yang ramai mendaki tembok Kota, tetapi dengan kebijaksanaan dan kecekalan hati Tunku Kudin, pertahanan Siam di Kota Kuala Kedah telah patah. Setelah beratus jiwa terkorban dari kedua belah pihak, orang Melayu dapat memasuki Kota itu melalui Pintu Kacapuri, pintu kecil lima puluh ela arah ke Utara pintu sekarang. Tunku Kudin berjaya menduduki Kota Kuala Kedah pada 24 haribulan April 1831.
Orang-orang Siam telah berundur ke Alor Ganu lima belas batu dari Kuala Kedah mengikut Sungai Besar. Di Alor Ganu terdapat sebuah kota tanah yang dibuat oleh orang-orang Melayu kini dijadikan markas tentera Siam. Di Alor Ganu orang-orang Siam bertahan, sementara satu angkatan darat telah dihantar ke Legor menyusul bantuan.
Gabnor Kedah, sebagai pemerintah tertinggi sekali pada masa itu ialah Phaya Buri Rakputon, anak kepada Cau Phaya Nakon Ci Tammarat, Gabenor Legor. Pusat pentadbiran ialah di Kota Kuala Kedah. Adiknya sendiri Phra Sina Nucit, yang lebih dikenali oleh orang-orang Kedah sebagai Com Pabian, menjadi timbalan gabnor. Markasnya di Alor Ganu. Com Pabian ini lebih zalim dari abangnya dan dialah yang paling ditakuti oleh rakyat Kedah. Jadi, apabila Tunku Kudin mengusir Buri Rakputon dari Kuala Kedah, beliau bertumpu ketempat adiknya dan menguatkan pertahanan di Alor Ganu.
Kejayaan Tunku Kudin rupanya menjadi satu kegemparan besar kepada Inggeris di Pulau Pinang. Kononnya, mengikut satu perjanjian antara Inggeris dengan Bangkok yang dibuat dalam tahun 1826 bersamaan dengan Tahun Anjing dalam perkiraan tahun Siam, Inggeris hendaklah melarang dan menegah Sultan Kedah atau rakyatnya dari menyerang mengganggu atau merusak secara mana sekalipun ke atas Negeri Kedah yang telah menjadi Wilayah Siam.
Sebagai membuktikan kepada Siam bahawa Inggeris adalah satu bangsa yang tidak pernah memungkiri janji dan rampasan kuasa oleh Tunku Kudin itu di luar pengetahuan mereka, maka Kerajaan Pulau Pinang telah menghantarkan senjata-senjata dan ubat bedil ke Alor Ganu.
Siam menerima bantuan Inggeris dengan dua belah tangan dan mendesak Inggeris supaya menepati kehendak-kehendak Perjanjian Tahun Anjing itu dengan betul. Sebagai memperaktikkan tafsiran yang difahamkan oleh Inggeris dari Perjanjian itu, Inggeris mulalah mengenakan kepongan-kepongan dan kawalan di kuala-kuala sungai dan di sepanjang pantai Kedah supaya orang-orang dari laut tidak dapat berhubung menyampaikan bantuan dan sebagainya yang bercanggah dengan kepentingan Siam. Bantuan yang mulanya mencurah-curah tiba kepada Tunku Kudin di Kuala Kedah telah terhenti dengan tiba-tiba.
Inggeris telah menghantar dua buah kapal perangnya “Zephyr” dan “Emerald” untuk mengawal di laut Kedah. Tidak lama kemudian dua-dua buah kapal itu diganti pula oleh kapal yang lebih baik dan lebih gagah iaitu kapal “Wolfe” dan “Crecodile”. Kapal “Wolfe” sangatlah ditakuti oleh lanun-lanun Selat Melaka kerana penangannya amat berkesan kaatas perahu-perahu lanun di antara Singapura dan Pulau Pinang. Selama ini, apabila disebut sahaja “Wolfe”, lanun-lanun yang tahan dipahat biji mata pun akan menyusup berkeliaran mencari tempat bersembunyi, maka kapal inilah yang dihantar untuk mengetatkan kawalan di pantai Kedah dan melemahkan Tunku Kudin.
Dalam satu pertarongan sengit antara angkatan laut Kedah dengan angkatan laut Siam di Pulau Payar bertentangan dengan Kuala Kedah, angkatan Siam telah tewas dengan teruk. Kapal “Wolfe” tiba entah dari mana lantas merejamkan peluru-pelurunya ke atas perahu orang-orang Melayu dan memusnahkan sehingga licin seluruh angkatan Melayu yang ada.
Tindakan yang dilakukan oleh “Wolfe”- “Anjing Hutan” ini, adalah satu-satunya peristiwa yang unik di mana orang-orang Melayu telah diajar begitu rupa oleh kapal laut Inggeris.
Sebelum ini, perahu-perahu Melayu telah dikejar dan ditahan supaya jangan mendarat walaupun kerana mengambil makanan dan air, kemudian diusir supaya pulang sahaja. Kali ini “Wolfe” bertindak kasar dan amat menyedihkan pula bila ditilik bahawa perahu-perahu Siam sentiasa dibenarkan masuk atau keluar dengan bebas di mana-mana sahaja mengangkut ubat-ubat bedil dan sebagainya untuk menyerang perahu-perahu Melayu. Hampir seribu orang orang Melayu yang dibedil ke dasar laut oleh kapal “Wolfe” berkelampong kehulu kehilir berminggu-minggu di laut Kedah selepas peristiwa itu.
Kemusnahan angkatan laut Melayu di Pulau Payar ini melumpuhkan Tunku Kudin yang bertahan didalam Kota. Tunku Sulaiman di Kuala Perai bersiap dengan kira-kira tiga ribu orang untuk belayar ke Kuala Kedah membantu Tunku Kudin. Tunku Sulaiman telah ditahan dan diarah dengan sombongnya supaya balik ke Kuala Perai oleh empat buah kompeni dari Madras Native Infantry yang ke Empat Puluh Enam berpengkalan di Pulau Pinang.
Kota Kuala Kedah telah dikepong dari darat dan dari laut, makanan dan ubat bedil telah kehabusan, penyokong-penyokong juga ramai yang mendapat sakit dan ramai pula yang telah terkorban dalam perjuangan menegakkan bendera merah harimau melompat, iaitu bendera Kedah pada zaman itu. Bendera merah dengan gambar gajah puteh telah dibantu oleh bendera “Union Jack”.
Kota Kuala Kedah dibedil siang malam tidak berhenti-henti sehingga kemungkinan untuk bertahan lebih lama menjadi mustahil. Ramai orang-orang Melayu yang pulang ke Pulau Pinang, dan Seberang Perai, diiringi oleh kapal-kapal “Wolfe” dan “Crocodile” dari belakang.
Kumpulan yang paling akhir sekali bersama Tunku Kudin tinggal Cuma tiga puluh orang lagi. Tiga puluh orang ini telah berjuang beberapa hari menangkis serangan-serangan Siam semata-mata hanya dengan keberanian dan kegigihan yang luar biasa timbul dari keinginan mensyahidkan diri demi keluhuran kota pesaka dan watan seluruhnya. Nasi gerit dan manisan tebu yang menjadi ayapan orang berperang, telah habis dan ubat bedil juga telah berkurangan. Meriam-meriam seperti “Katak Puru” dan “Badak Berendam” serta berpuluh-puluh pucuk lagi meriam lain di Kota itu kononnya telah ada yang berdentum dengan sendirinya sebab tidak cukup kakitangan yang boleh mengawasi.
Tetapi, seperti kata pantun yang diabadikan sehingga sekarang:-
Pulau Sembilan tinggal delapan,
Satu merajuk ke Kuala Kedah;
Sudah nasib perminta badan,
Kita di bawah kehendak Allah;
Maka pada 4 haribulan Oktober, 1831; bantuan Siam dari Legor telah tiba di Kuala Kedah: tujuh ribu tentera dan 300 ekor gajah, menyerang Kota usang itu dari empat-empat penahapnya. Tunku Kudin dengan tiga puluh pahlawannya berjuang habis-habisan sehingga Tunku kudin sendiri telah luka parah di dada dan di pahanya, ubat bedil sudah habis pula.
Tunku Kudin terjatuh, tangannya terkapai-kapai memanggil seorang panglima yang paling karib supaya menghampirinya. Nama panglima itu tidak diketahui lagi, mereka berpeluk-peluk dan kedengaran mengucap dua kalimah syahadah. Kemudian Tunku Kudin menghunus keris pendeknya lantas menikam panglima itu dan panglima itu pula menikam beliau, masing-masing mengelupur sehingga sejuk dan kaku: Seorang di kiri dan seorang di kanan. Kononnya begitulah persetiaan mereka berdua. Biar mati sama sendiri jangan mati dibunuh Siam.
Siam menembusi pintu Kota dan membunuh pahlawan-pahlawan Melayu yang masih hidup. Mengikut “Singapore Chronicle”, mayat-mayat yang bergelimpangan di sekitar Kota Kuala Kedah yang menjadi medan pertemporan yang dahsyat itu adalah di antara enam ribu hingga sepuluh ribu orang. Yang paling banyak terbujur ialah ialah orang-orang Siam kerana angkatan perang mereka jauh lebih besar dari angkatan perang Melayu. Walaupun lapuran “Singapore Chronicle” tidak berapa tepat tetapi boleh dibuat kesimpulan bahawa kumpulan tiga puluh yang terakhir dari angkatan Tunku Kudin bukanlah gerombolan sembarangan, cuma kerana “sudah nasib perminta badan”. Mungkin, kalau tidak disokong Inggeris, Siam tidak dapat lagi bertapak di Kedah, dan Kota Kuala Kedah pulang ketangan yang empunya nya. Tunku kudin menduduki Kota Kuala Kedah selama lima bulan dan lima belas hari.
Cerita Tunku Kudin tidak tamat begitu sahaja selepas beliau mati. Kepalanya dipanggal dan dibawa ke Legor dengan gajah. Tiba di sana, kepala itu diletakkan di atas talam tembaga yang berkaki, beralas dan berenda, kemudian di tatang oleh panglima perang Siam yang paling tua, sambil mengisut menyembahkannya kepada Raja Legor, Cau Phaya Nakon Si Tammarat. Beliau sangat ingin hendak menatap wajah pahlawan Melayu begitu handal dan gagah, sangat dikagumi oleh orang-orang Siam.
Raja Legor memandang dengan tidak terkelip matanya, terpesona juga dengan janggut jambang dan rambut menjejak tengkok di kepala yang tak berbadan itu – masih haibat dan menggerunkan. Kadar sejenak, Raja Legor bertanya “Mana badannya?”. Panglima Perang menggelengkan kepalanya dan menyembah, “Tidak berguna Cau Phaya, hatinya sudah dimakan orang”.
Entah benar entah tidak, tetapi inilah riwayat kepala di atas talam yang satu-satunya pernah didengar di dunia ini, selain dari kepala “John the Baptist” yang dipersembahkan kepada King Herod Antipas oleh tukang-tukang kelarahnya lebih 2,000 tahun dahulu.
Al Fatihah ila Ruh AsSyahid Imam Perang Syed Zainal Abidin Shahabuddin bin Syed Muhammad AzZahir Shahabuddin wa Syuhada wal Solehin... Bisirril Asrar Al Fatihah...My Fourth Great Grandfather

Khamis, 11 Jun 2015

Cara-cara untuk halang Post/artikel dari di copy paste

Untuk memasang script Disable text selection, sila ikut beberapa langkah yang di tunjukkan di bawah.

p/s: Jika anda masih menggunakan kod disable right click,bolehlah di delete kod tersebut.


Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Seterusnya klik pada HTML/Javascript.


Langkah 2

Salin kod berwarna biru di bawah dan paste pada ruang Content HTML/Javascript.

<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Disable Text Selection script- &#169; Dynamic Drive DHTML code library (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/

function disableSelection(target){
if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route
target.onselectstart=function(){return false}
else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route
target.style.MozUserSelect="none"
else //All other route (ie: Opera)
target.onmousedown=function(){return false}
target.style.cursor = "default"
}

//Sample usages
//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body
//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"
</script>
<script type="text/javascript">
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
</script>

Akhir sekali, klik preview. Jika tiada mesej error yang terpapar, klik saja save.

Oppps artikel saya tak boleh di copy.Sila email kepada saya syed_shamsul@yahoo.com.my untuk dapatkan kod itu

Ahad, 24 Mei 2015

Misi Menjejak Bangkai Pesawat Pengebom RAF B24

Misi menjejak bangkai pesawat pengebom RAF B24 yg di percayai terhempas di Gunung Telapak Buruk Negeri Sembilan
 Kami seramai 6 orang dari group SM MTB bergerak dari Seremban menaiki kereta dan motor menuju puncak Gunung Telapak Buruk Jelebu pada ketinggian 1193 meter.Kami parking kereta dan motor berhampiran pencawang di situ dan start hiking dari situ menuju ke lokasi nahas.
Pacat dah dpt mangsa..ha ha ha byk betul pacat kat sini.Den dh la first time hiking ni....aduhhh
Pergerakan kami ada kala menuruni bukit dan adakala menaiki bukit melalui denai-denai pendaki2 sebelum ini.Dalam masa 1.5 jam kami telah sampai ke lokasi nahas

Ini adalah senarai anak kapal yang di temui dan kesemuanya terkorban. Plate alluminium ini di lekatkan pada sebatang pokok di lokasi nahas oleh group pendakian sebelum ini.


Sedikit sejarah mengenai bangkai Pesawat ini

Pesawat Pengebom RAF B24 Liberator KL654/R tersebut berlepas dari Cocos Islands, Australia di percayai sedang melakukan misi sulit di kawasan hutan Langkap, Kuala Pilah sebelum terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti, pada 23 ogos 1945 dan mengorbankan semua lapan krewnya.Sebahagian pesawat telah di temui pada tahun 1996 sebelum pencarian rasmi pada 22 Disember 2006.Seterusnya ekspedisi kedua pada Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal di serahkan kepada Kapten kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera British dan di semadikan di Commonwealth Military Cemetry, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012
eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalim
Krew Pesawat pengebom RAF B24 Liberator KL654/R


Apa yang masih menjadi misteri adalah bangkai kepala pesawat ini masih belum di jumpai sehingga sekarang. Gambar-gambar yang kami ambil di bawah ini adalah daripada serpihan sayap dan ekor Pesawat Pengebom RAF B24 Liberator KL654/R. Separuh misteri masih belum terjawab dan menjadi tanda tanya di mana kepala pesawat ini hilang atau tercampak???
Untuk info yang lebih lengkap boleh rujuk di sini http://mhg.mymalaya.com/ww2_b24.htm
Masih kelihatan Huruf R pada badan pesawat. 
Masih kelihatan Logo bulat pada badan pesawat yang di tunjuk dengan anak panah



 Salah satu tayar bangkai pesawat yg masih elok lagi walaupun bangkai pesawat sudah lebih 60 tahun terhempas. Bunga pun tebal lagi.


 Di dalam perut pesawat. Kalau hujan boleh lepak dlm ni
 Sebahagian daripada komponen utama pesawat iaitu badan pesawat.







 Kebetulan terjumpa sebiji peluru. Mungkin peluru machine gun.


Setelah puas bergambar dengan tinggalan sejarah.Kami menjamu selera sebelum meneruskan pendaakian pulang.
Alhamdulillah kami selamat sampai ke tempat kami parking kereta dan motor.Lebih kurang 1jam 10 minit kami mengambil masa untuk kembali ke sini. Kebetulan sampai di lokasi pencawang yang di jaga oleh angkatan tentera ini, kami bertemu dengan rider hard core dari group Saga Hill MTB.
Laluan kami......record by strava
Ribuan Terima kasih di ucapkan kepada Bro Farid (orang Gunung) yang membawa dan menunjuk arah kepada kami menuju ke tapak peninggalan sejarah.Dan terima kasih juga kepada perancang utama kami iaitu Tuan Tanah Kedaung Azmi Alipikau.Tak di lupakan juga terima kasih kepada kawan2 iaitu Halizuan, Uncle Din dan anaknya Uda