Rabu, 8 Februari 2017

Bagaimana Untuk Travel Sendiri Cara Bajet.Ikuti Pengalaman Saya Ke Perth Australia


Percutian kami seramai 5 orang. Saya dan isteri bersama adik lelaki dan adik ipar 2 org. Tiket flight pergi balik dalam RM600 sorang pergi balik. Booking pada Ogos 2016 dan terbang pada September 2016....memang tak plan pun. Percutian selama 4 hari 3 malam tu main redah jer tak amik pun mana2 pakej. Sebelum pergi saya dah survey tanya pakcik google.
Kalau tengok gambar dengan kanggaru ni adalah masa hari kedua kami di Perth. Seawal jam 8.30 pagi kami sudah keluar dari apartment yg kami sewa di Aldernay Hay. Sampai di Caversham Wildlife Park dalam pukul 9.00 pagi. Orang pun masih tak ramai...so kami la orang pertama yang masuk kat dalam "pagar kanggaro". Masuk jer terus kanggaru ni serbu kami...wahhhh best nyaaaa


Tempat ni memang wajib pergi kalau datang ke Perth....memang best la macam-macam binatang yang tak pernah jumpa kita boleh tengok. Suasananya yang sejuk sekitar 15 degree.Tengahari baru  kami keluar dari Caversham Wildlife Park...lepak2 kat taman di luar ...makan maggi kat taman-taman sekitar caversham wildlife park...mmg syokkkk la

Lebih kurang pukul 12:00 tengahari kami bertolak terus ke Fremantle....guna waze jer senang. Tapi kalau guna google map kat area perth sebenarnya lagi senang.Orang Malaysia yang datang ke perth perlu sabar jika memandu di sini kerana setiap sign board had laju perlu di patuhi. Jika laluan berkenaan 40km/j...so bawak la 40 km/j dan jangan lebih....nanti kena saman AUD 200 on the spot. Memang respek la dengan pemandu-pemandu di perth ni sbb mereka respek antara satu sama lain....yang bawak gila babi mmg tak nampak la.Yang "rahsia kan signal" mmg tak der langsung....relax dan tenang  jer diorang drive...paling laju kat hway pun 100km/j. Yang best tak der tol ha ha ha ....hway besar gak sama ngan Malaysia
Jika dah sampai di sini wajib makan di Cicerello's Fremantle bersebelahan dengan kailis fish market. Hidangan yang besar tu baru AUD 15...
Sebenarnya kami park kereta di kawasan parking 24 jam.....rasanya dalam AUD 12 parking utk 4 jam. So kami berjalan la lebih kurang 15 minit ke tempat makan seafood tu
Sebenarnya ni tempat pertama kami singgah...kami sampai di perth seawal jam 5:30 pagi...sebelum tu Jerry proton dah bawak kami jalan2 cari sarapan. Dalam pukul 8:00 pagi kami dapat kereta terus menghala ke Swan River....memang tak tau apa2 selok belok kat perth...risau kena saman pun ada...nak parking merata-rata pun risau gak.
Haaaa...tempat pertama kami shopping.Kawan kami yang dah sampai sini yang tag location ni. Almaklumla kami ni Distributor Direct Amway...so nak tgk jugak Amway di negara orang.Sempat la kami shopping macam-macam barang yang tak der kat Amway Malaysia. Alhamdulillah...dengan bonus Amway dapatla kami merasa berjalan ke negara Orang...bukan nak promote...tapi kalau ada yang nak try boleh la roger kami hi hi hi ..
The Pinnacles, Nambung National Park, Western Australia
Hari ketiga kami keluar dari apartment seawal jam 7:30 pagi drive keluar dari Perth City menuju ke Pinnacles dan Lancelin. Perjalanan sejauh 195 km iaitu lebih kurang 2 jam 15 minit. Kami target pergi Pinnacles dahulu dan on the way balik baru singgah Lancelin.Sebelum keluar dari perth city kami pastikan minyak di isi penuh sebab minyak di kawasan luar bandar agak mahal tapi minyak masih murah jika di bandingkan dengan Malaysia. AUD 1.09 per liter. Sepanjang berada di perth kami hanya menggunakan AUD 60 sahaja lbh kurang perjalanan 570km untuk 4 hari 3 malam.

Ini lah permandangan sepanjang 2 jam perjalanan kami menuju Pinnacles. Ni di namakan Free Way, so boleh la laju sikit sbb speed limit 110km/j. Laluan agak sunyi...kurang kenderaan yang lalu lalang. Pastikan sentiasa perhatikan signboard di mana kawsan kanggaro dan binatang lain yg melintas....yang pasti lembu tak der berkeliaran di tepi jalan. Di nasihatkan jangan memandu diwaktu malam kerana  kangarro tertarik dengan lampu kereta.

Saja jer berenti tepi jalan nak amik gambar.....SubhanaAllah indahnya ciptaan Allah. Ini adalah permandangan di persisir lautan hindi sebelum sampai The Pinnacles


Desert yang penuh dengan batuan kapur yang terbentuk daripada hakisan angin dan air. Hasil dari fenomena hakisan ni  maka terbentuklah batuan kapur yang unik gila. The Pinnacles ni terletak di dalam Nambung National park. National park kat Aussie ni memang besar ya amat . Masuk dalam kawasan ni hanya AUD12 untuk per car....




Enjoyyyyy


 Kalau bawak Mountain Bike syok ni cilok-mencilok dengan cuaca yang nyaman dan sejuk.....

ketika ni jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari...perut pun dah rasa lapar. Kebetulan bawak roti dan tuna...boleh la makan untuk mengalas perut.

Selesai menikmati permandangan yg mmg menakjubkan di Pinnacles. Kami bertolak menuju ke lancelin.....lokasinya adalah laluan yang sama untuk balik ke perth city.Lebih kurang 80km dari pinnacles ke lancelin. Yang tengah mendaki naik itu lah saya.....

Sand board tu sewa aud 10 kat kedai lucky seven....kat situ jer murah sewa. Dah sewa tu boleh layan meluncur diatas pasir yang halus.Ada bukit yang 45 degre...ada yang 60 degree...kalau larat boleh la try 2,3 kali turun naik bukit. Tengahari buta matahari atas kepala dok main menda ni tapi peluh sikit pun tak keluar
Dah puas bergambar dan main sand boarding, kami cari port kat tepi pantai untuk solat dan berkelah dengan makanan yg di bawa dari apartment. Kat sini orangnya tak ramai dan kemudahannya lengkap jika untuk berkelah...Lebih kurang pukul 3:00 petang jugak la kami baru jumpa nasi...

Sebelum balik ke apartment, kami singgah di sini dulu.Wajib amik gambar kat Swan River ni. Tempat nya tak jauh dari perth city...beberapa minit jer

Ini lah permandangan perth city...tenang jer bandarnya. Sebelum kami ke airport untuk pulang ke Malaysia, kami merayau2 kat sini dulu.Banyak kedai tak buka lagi sbb pukul 11.00 pagi kedai atau mall baru buka. Syok jalan2 dalam bandar perth ni

Bergambar di Perth City dulu sebelum pulangkan kereta sewa ni....sebenarnya tak cukup 4 hari 3 malam kalau bercuti ke perth ni.Banyak tempat2 best...

Ini lah budget kami sepanjang berada disana....boleh la sapa2 nak buat rujukan.

Beberapa Tips:
1.Memandu pastikan ikut had laju dan sign board....kena saman min AUD 200
2. Hati2 memandu diwaktu malam dan kawasan luar bandar, takut kanggaro melompat
3. Ambil la travel insuran sblm ke perth
4. Pastikan amik insuran kereta semasa menyewa kereta...semak dulu policy nya
5. Parking kena ikut plot yg disediakan dan pastikan mematuhi tempoh yg di benarkan parking. Contohnya kalau 2p maknanya 2jam...kalau 1p, 1 jam la
6.Makanan halal banyak di sekitar perth city ni seperti kebab dll
7. Makanan basah pun banyak kat kedai2 sini...tak yah bawak dari Malaysia pun tak per sbb kat sini pun murah makanan basah atau kering utk masak