Khamis, 27 November 2014

Tempahan untuk bulan 12 sudah Di tutup

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah  rumah A fully book sehingga hujung bulan 12 ini. Jika ada yang ingin membuat tempahan untuk tahun 2015 boleh la menghubungi saya melalui call, sms ataupun whatapps di talian 013-2971003 / 017-9753931
Terima kasih di ucapkan kepada pengunjung-pengunjung yang pernah bermalam di Syed Homestay. Jika ada kekurangan bolehlah terus memberitahu saya....Insha Allah kami di Syed Homestay akan membuat yang terbaik untuk pengunjung-pengunjung dengan kadar sewa yang murah dan berpatutan.
 

Khamis, 28 Ogos 2014

Lokasi Syed Homestay

Disini saya berikan koordinat syed homestay. Anda cuma perlu set sahaja dalam GPS anda Coordinates: 3°45'16"N, 103°14'32"E

Anda juga boleh klik link dibawah untuk melihat peta wikimapia, iaitu lebih kurang macam google map la.Di dalam peta tersebut saya telah tandakan petak ""Syed Homestay".
Terima kasih 

 


Di bawah ini ialah lakaran laluan ke Syed Homestay
 
 
Peta Laluan Ke Syed Homestay



Selasa, 26 Ogos 2014

Percutian Ke Bandung Part 2

Ini adalah percutian kami ke Bandung buat kali ke 2 pada 8 Jun -10 Jun 2014 selama 3 hari 2 malam.Dengan harga Tiket Air Asia serendah RM 328 untuk 2 orang pergi dan balik.Murah kan...seorang hanya RM 164 sahaja. Dan percutian yang boleh dikatakan paling rendah setakat ni kerana Ana hanya membelanjakan tiket untuk kapal terbang sahaja...yang selebihnya di biayai oleh supir Pak Amien..Dengan kata lain Pak Amien belanja Ana...Macam mana tu???Itupun pak amien berkali-kali call Ana supaya datang ke Bandung.Katanya ramai tetamu dari Malaysia yang lihat blog Ana dan secara tak langsung terpromosi perkhidmatan pak amin. Tu la sebab Pak Amien sanggup belanja Ana ...rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari.

KLIA 2
Kali ini kami pergi hanya untuk jalan-jalan sahaja dan malas nak bershopping sakan....
Ini lah Pak Amien.Tiba sahaja di airport hussien Sasteranegara Bandung, sudah ada Pak Amien menunggu dan terus membawa kami ke tempat minum ekslusif tetapi harganya murah jika di bandingkan di Malaysia. Makan minum sepanjang di Bandung di biayai sepenuhnya oleh Pak Amien.Ingatkan Pak Amien sediakan hotel dan transport sahaja.Rupa-rupanya makan minum sekali...makanan dan minum memang yang istimewa...tak pernah jumpa kat Malaysia.

SIMPATI prepaid card pun orang bagi...pakai ni jer senang nak berwhat app and facebook.Murah bangat 
Lepak makan malam kat sini pulak. Ini ialah nasi bakar.....nampak simple tapi menyelerakan sekali.
 Lokasi di dalam bangunan Pasar Baru yang famous tu. Ana biasalah mesti mencari jersey basikal dulu....murah bangat pak.Jersey ni baru RP45,000 ( RM12 ). Kalau kat malaysia ni paling murah pun RM40-50.

 Makan tengahari di Simpang Raya. Ini lah makanan sunda.....Lauk pauk yang banyak..pilih dan makan...nanti Pak Amien yang bayarkan hi hi hi
 Satu lagi tempat yang wajib singgah jika ke Bandung.....Toko Tiga gedung Jeans yang berjenama. Puas hati beli kat sini....dah la murah...siap potong kaki seluar kekalkan yang asal.So nampak macam tak potong la kaki seluar tu

 Malam nya pula....kami di bawa oleh Pak Amien ke Stone Caffe...salah satu tempat yang esklusif.Makananya yang enak2 dan suasana tempat makan yang mendamaikan iaitu permandangan dari atas bukit. Sambil makan kita boleh melihat permandangan waktu malam kota Bandung.

Nun di bawah sana Kota Bandung 

Stone Caffe...sambil makan sambil mendengar lagu..

Bali Heaven
 Factory outlet
Pak Amien berposing sebelum masuk ke tempat massage di Bali Heaven

Bapak mau Massage ya...

 Yang manis di sebelah Pak amien itu ialah adik ipar Pak Amien  (Tania), pembantu dan tour guide.

Disamping massage dan bershopping di Bali Heaven.....tempat makannya juga menarik.Nyaman sekali dengan suasana dalam taman..

Es Doger baven ( best air ni)

Nasi Goremg Kelapa

Gelagat budak-budak sekolah

Tu dia satu-satunya supir perempuan (Tania)
Musola (surau) setiap tempat membeli belah di sediakan musola.

Di airport bandung, sementara menunggu pesawat untuk pulang...sikit kan barang-barang yang dibeli
Selamat Tinggal Bandung....

Sebelum Pulang Pak Amien pesan kalu ada teman-teman dari Malaysia ingin ke bandung boleh la rujuk pakej yang pak amien tawarkan ni atau boleh rujuk post saya sebelum ni untuk melihat kadar sewa pengangkutan dan sebagainya di http://www.syedhomestay.blogspot.com/2012/10/percutian-ke-bandung.html
Manakala jika ambil pakej:
Untuk 4 Hari 3 Malam, Pak Amin tawarkan RM500/pax (Hotel,Pengangkutan,Makan Tengahari,malam).
 @
Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan contact no Pak Amien Arista boleh la komen di bawah ini atau boleh email ke Ana di syed_shamsul@yahoo.com.my
nak what app pun boleh +60132971003



Selasa, 25 Februari 2014

Homestay Murah di Kuantan

 
Syed Homestay menawarkan penginapan yang murah dan selesa iaitu serendah RM50.Kami memiliki dua buah rumah iaitu Rumah A dan Rumah B. Rumah A berkonsepkan batu manakala Rumah B berkonsepkan papan. Sila klik link dibawah untuk melihat lebih lanjut diantara Rumah A dan B :
Sila call Syed : 013-2971003 / 017-9753931
 

Ahad, 13 Oktober 2013

Homestay Baru

Assalamualaikum ...
Terlebih dahulu saya ingin menggucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung Syed' Homestay. Atas permintaan ramai kami telah berjaya menambah satu unit lagi Homestay. Rumah papan yang di beri nafas baru ini telah berjaya di ubah suai untuk di jadikan Homestay / Rumah tumpangan. Dengan keluasan dalaman yang sangat luas sesuai untuk keluarga yang besar.Di sini di sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua
Hadapan Rumah
 Bilik Tamu
 Bilik No. 1
   Bilik no. 2
Ruang Dapur
 Tandas
 Ruang Tamu
 Ruang Tamu
 Ruang Tamu
 Ruang Tamu





Rabu, 10 Julai 2013

Selamat Berpuasa


Kami Sekeluarga mengucapkan selamat menunaikan Ibadat puasa dan memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap....

Ikhlas dari kami :
                            Syed Othman Al Shahab Sekeluarga

Selasa, 30 Oktober 2012

Cara Paling Mudah Elak Speed Trap!!


Cara elak speedtrap dengan cara yang bijak dan pandai, tentu-tentu saman ekor korang takkan dapat punye, MUJARAB! 100%!




klik untuk lihat caranya..




Nota Kaki: tak berjaya? hahahaha! belum cuba belum tahu weih!
-->

Ahad, 28 Oktober 2012

Tips Elak Speed Trap Oleh Kamera AES

Tips elak speed trap oleh kamera AES



semua orang taknak kena saman,tambah lagi saman ekor ataupun nombor pendaftaraan.
bila nak memperbaharui cukai jalan tiba-tiba kena setelkan saman yang tidak kita disedari..

tambah-tambah lagi sejak kerajaan menggunakan kamera 

Automated Enforcement System (AES) . Makin ramailah penggunaan jalan raya yang

kena saman

mungkin ini salah satu cara untuk mengelak dari speed trap

LANGKAH PERTAMA

NAMA BENDA NI PLATE MAGIC,DAPAT MENUTUP NO PLATE 




BENDA NI ENTAH NAMANYA APA,SOROKKAN NO PLATE JUGA

Ni ikhtiar terakhir
  

Selasa, 23 Oktober 2012

Kawasan Speed Trap Camera AES

Senarai lokasi pemasangan kamera AES untuk mengesan had laju mengikut negeri:
PERLIS KELANTAN KUALA LUMPUR MELAKA
KEDAH TERENGGANU PUTRAJAYA SARAWAK
PULAU PINANG PAHANG SELANGOR SABAH
PERAK JOHOR NEGERI SEMBILAN LABUAN
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 11 Oktober 2012 16:53

Homestay Di Kuantan Serendah RM50

Call Syed : 0132971003
syed_shamsul@yahoo.com.my

Khamis, 18 Oktober 2012

Percutian ke bandung

Percutian ke bandung pada 07 Oktober 2012 selama 4 hari 4 malam. Tiket flight yang di beli pada harga RM240 untuk 2 orang pergi balik.Begitu murah harga tiket nya yng diambil bulan Februari.Sungguh berbaloi-baloi....Sebelum pergi ke Bandung Ana sudah membuat sedikit survey melalui Internet mengenai Bandung.So Di sini Ana just ingin berkongsi pengalaman Ana ke Bandung tanpa menggunakan ejen atau pakej percutian dari Malaysia..Dengan Cara begini lebih Jimat..Untuk Hotel, makan, transport dan juga melawat tempat menarik, Ana hanya habiskan lebih kurang RM1200 untuk hotel,supir dan makan. Flight kami tiba di airport husin sasteranegara bandung pada pukul 12;30 waktu Indonesia.Kami di Jemput oleh supir Pak Amin.Cuaca ketika tiba di airport agak sejuk sekitar 25 degree celcius.


                                           Kami di bawa menginap di  Hotel Guntur (RM110) sarapan pagi di sediakan.Biliknya  agak selesa untuk kami berdua.Oleh kerana terlalu selesa, kami terlewat bangun iaitu pukul 9.30 pagi waktu indonesia....kalau waktu malaysia dah pukul 10.30 pagi. Pak Amin sudah menunggu di Lobi untuk membawa kami ke Pasar Baru....Pak Amin yang sabar menunggu
Keadaan luar bilik Hotel Guntur
                                          Ini lah gambar di pasar baru...rambang mata kami nak mulakan dari mana dulu.Nasib baik Pak Amin sudah aturkan seorang pembantu iaitu Fitrah (dalam gambar). Dia membantu kami pergi ke kedai2 yang harga nya ok di samping memberi pendapat dan membawa barang dan kamera kami..hi hi hi 
Ana melihat kain untuk di buat suite atau baju melayu...sehari dah siap.Tapi Ana tak buat pun..hu hu hu
Pak Amin - Supir yang sedia membawa kami ke mana sahaja .Pak Amin ni orangnya tak berkira sgt. Cakap sahaja di mana anda ingin pergi...pasti akan di bawanya..tiada caj tambahan walaupun sampai lewat malam...
Banyak nya lauk...jangan risau, hanya lauk yang di makan sahaja yang di kira ( masakan Padang)
Biasala..keadaan lalulintas di Bandung ..sentiasa sibuk dan sesak.Tiada jalan yang tak sibuk di bandung.Orang Malaysia memang tak boleh memandu di Bandung...Di Bandung suhu nya tidak sepanas di Malaysia...

Pakaian berjenama...



Makan Malam...nasi timbel..sedap

Makanlah di restoran Karamba....

 Volcano Tangkuban Perahu....kawasan memang sejuk








Masakan sunda...berselerak sungguh dengan masakan kampung...nasinya putih bersih
Rileks jer jual senapang kat tepi Jalan...kalau boleh bawa balik Malaysia, memang ana dah beli satu...harga murah jer RM200 pun ada
Ha..ni datang balik Pasar Baru....kedai ni murah...Ana ayat mamat ni sampai dapat baju t-shirt 2 helai Rp50.000 jer.Kualiti baju memang ok
Jaket kulit biri-biri yang ana rembat satu Rp 775.000...Pakai memang selesa


 Cewek-cewk Indon

Sebelum balik ke Malaysia...di kawasan taman di Hotel praditsya...Hotel murah jer Rp225.000.
Sebelum balik Pak Amin pesan, kalau ada teman-teman mahu ambil pakej murah dengan dia bagi tau la....Di bandung Pak Amien memang terkenal dengan perkhidmatan sewa kereta nya. Harga nya yang murah termasuk pemandu (supir) , petrol,parking dan tol.Memang murah sangat jika di bandingkan dengan di Malaysia.
 MPV 12 seater, RM 250 termasuk petrol parking dan supir

MPV 17 Seater RM 300
 Toyota avanza RP 450 ribu

                                     Toyota Inova Rp 650 ribu                                    

 Toyota Computer 14 Seater Rp 900 ribu
Ini lah wajah Pak Amien


Manakala jika ambil pakej:
Untuk 4 Hari 3 Malam, Pak Amin tawarkan RM500/pax (Hotel,Pengangkutan,Makan Tengahari,malam).
InsyAllah......Yang pasti Ana akan datang lagi dengan menggunakan pakej Pak Amin tawarkan
Percutian yang lebih jimat di Percutian ke bandung part 2


By :  syed_shamsul@yahoo.com.my / www.syedhomestay.blogspot.com