Ahad, 24 Mei 2015

Misi Menjejak Bangkai Pesawat Pengebom RAF B24

Misi menjejak bangkai pesawat pengebom RAF B24 yg di percayai terhempas di Gunung Telapak Buruk Negeri Sembilan
 Kami seramai 6 orang dari group SM MTB bergerak dari Seremban menaiki kereta dan motor menuju puncak Gunung Telapak Buruk Jelebu pada ketinggian 1193 meter.Kami parking kereta dan motor berhampiran pencawang di situ dan start hiking dari situ menuju ke lokasi nahas.
Pacat dah dpt mangsa..ha ha ha byk betul pacat kat sini.Den dh la first time hiking ni....aduhhh
Pergerakan kami ada kala menuruni bukit dan adakala menaiki bukit melalui denai-denai pendaki2 sebelum ini.Dalam masa 1.5 jam kami telah sampai ke lokasi nahas

Ini adalah senarai anak kapal yang di temui dan kesemuanya terkorban. Plate alluminium ini di lekatkan pada sebatang pokok di lokasi nahas oleh group pendakian sebelum ini.


Sedikit sejarah mengenai bangkai Pesawat ini

Pesawat Pengebom RAF B24 Liberator KL654/R tersebut berlepas dari Cocos Islands, Australia di percayai sedang melakukan misi sulit di kawasan hutan Langkap, Kuala Pilah sebelum terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti, pada 23 ogos 1945 dan mengorbankan semua lapan krewnya.Sebahagian pesawat telah di temui pada tahun 1996 sebelum pencarian rasmi pada 22 Disember 2006.Seterusnya ekspedisi kedua pada Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal di serahkan kepada Kapten kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera British dan di semadikan di Commonwealth Military Cemetry, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012
eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalim
Krew Pesawat pengebom RAF B24 Liberator KL654/R


Apa yang masih menjadi misteri adalah bangkai kepala pesawat ini masih belum di jumpai sehingga sekarang. Gambar-gambar yang kami ambil di bawah ini adalah daripada serpihan sayap dan ekor Pesawat Pengebom RAF B24 Liberator KL654/R. Separuh misteri masih belum terjawab dan menjadi tanda tanya di mana kepala pesawat ini hilang atau tercampak???
Untuk info yang lebih lengkap boleh rujuk di sini http://mhg.mymalaya.com/ww2_b24.htm
Masih kelihatan Huruf R pada badan pesawat. 
Masih kelihatan Logo bulat pada badan pesawat yang di tunjuk dengan anak panah



 Salah satu tayar bangkai pesawat yg masih elok lagi walaupun bangkai pesawat sudah lebih 60 tahun terhempas. Bunga pun tebal lagi.


 Di dalam perut pesawat. Kalau hujan boleh lepak dlm ni
 Sebahagian daripada komponen utama pesawat iaitu badan pesawat.







 Kebetulan terjumpa sebiji peluru. Mungkin peluru machine gun.


Setelah puas bergambar dengan tinggalan sejarah.Kami menjamu selera sebelum meneruskan pendaakian pulang.
Alhamdulillah kami selamat sampai ke tempat kami parking kereta dan motor.Lebih kurang 1jam 10 minit kami mengambil masa untuk kembali ke sini. Kebetulan sampai di lokasi pencawang yang di jaga oleh angkatan tentera ini, kami bertemu dengan rider hard core dari group Saga Hill MTB.
Laluan kami......record by strava
Ribuan Terima kasih di ucapkan kepada Bro Farid (orang Gunung) yang membawa dan menunjuk arah kepada kami menuju ke tapak peninggalan sejarah.Dan terima kasih juga kepada perancang utama kami iaitu Tuan Tanah Kedaung Azmi Alipikau.Tak di lupakan juga terima kasih kepada kawan2 iaitu Halizuan, Uncle Din dan anaknya Uda

8 ulasan:

  1. Salam.ok ke bwk kereta ke pnck gunung ni?

    BalasPadam
  2. Salam.ok ke bwk kereta ke pnck gunung ni?

    BalasPadam
  3. info yg baik......saya org seremban pun hanya sampai separuh jalan.....minta suami patah belakang balik kerana terasa seram pulak....baru tahu rupanya ade nilai sejarah di atasnya....

    BalasPadam
  4. info yg baik......saya org seremban pun hanya sampai separuh jalan.....minta suami patah belakang balik kerana terasa seram pulak....baru tahu rupanya ade nilai sejarah di atasnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang agak seram kalu pegi berdua jer....kat puncak sana ada post tentera.Mereka berkawalkat sana

      Padam
  5. Hehee..baru jumpa blog tuan hj..tkaseh..menarik jugak trip ini kan?..seronok..alhamdulillah.selamat pg/balik..

    BalasPadam