Ahad, 24 Mei 2015

Misi Menjejak Bangkai Pesawat Pengebom RAF B24

Misi menjejak bangkai pesawat pengebom RAF B24 yg di percayai terhempas di Gunung Telapak Buruk Negeri Sembilan
 Kami seramai 6 orang dari group SM MTB bergerak dari Seremban menaiki kereta dan motor menuju puncak Gunung Telapak Buruk Jelebu pada ketinggian 1193 meter.Kami parking kereta dan motor berhampiran pencawang di situ dan start hiking dari situ menuju ke lokasi nahas.
Pacat dah dpt mangsa..ha ha ha byk betul pacat kat sini.Den dh la first time hiking ni....aduhhh
Pergerakan kami ada kala menuruni bukit dan adakala menaiki bukit melalui denai-denai pendaki2 sebelum ini.Dalam masa 1.5 jam kami telah sampai ke lokasi nahas

Ini adalah senarai anak kapal yang di temui dan kesemuanya terkorban. Plate alluminium ini di lekatkan pada sebatang pokok di lokasi nahas oleh group pendakian sebelum ini.


Sedikit sejarah mengenai bangkai Pesawat ini

Pesawat Pengebom RAF B24 Liberator KL654/R tersebut berlepas dari Cocos Islands, Australia di percayai sedang melakukan misi sulit di kawasan hutan Langkap, Kuala Pilah sebelum terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti, pada 23 ogos 1945 dan mengorbankan semua lapan krewnya.Sebahagian pesawat telah di temui pada tahun 1996 sebelum pencarian rasmi pada 22 Disember 2006.Seterusnya ekspedisi kedua pada Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal di serahkan kepada Kapten kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera British dan di semadikan di Commonwealth Military Cemetry, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012
eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalim
Krew Pesawat pengebom RAF B24 Liberator KL654/R


Apa yang masih menjadi misteri adalah bangkai kepala pesawat ini masih belum di jumpai sehingga sekarang. Gambar-gambar yang kami ambil di bawah ini adalah daripada serpihan sayap dan ekor Pesawat Pengebom RAF B24 Liberator KL654/R. Separuh misteri masih belum terjawab dan menjadi tanda tanya di mana kepala pesawat ini hilang atau tercampak???
Untuk info yang lebih lengkap boleh rujuk di sini http://mhg.mymalaya.com/ww2_b24.htm
Masih kelihatan Huruf R pada badan pesawat. 
Masih kelihatan Logo bulat pada badan pesawat yang di tunjuk dengan anak panah



 Salah satu tayar bangkai pesawat yg masih elok lagi walaupun bangkai pesawat sudah lebih 60 tahun terhempas. Bunga pun tebal lagi.


 Di dalam perut pesawat. Kalau hujan boleh lepak dlm ni
 Sebahagian daripada komponen utama pesawat iaitu badan pesawat.







 Kebetulan terjumpa sebiji peluru. Mungkin peluru machine gun.


Setelah puas bergambar dengan tinggalan sejarah.Kami menjamu selera sebelum meneruskan pendaakian pulang.
Alhamdulillah kami selamat sampai ke tempat kami parking kereta dan motor.Lebih kurang 1jam 10 minit kami mengambil masa untuk kembali ke sini. Kebetulan sampai di lokasi pencawang yang di jaga oleh angkatan tentera ini, kami bertemu dengan rider hard core dari group Saga Hill MTB.
Laluan kami......record by strava
Ribuan Terima kasih di ucapkan kepada Bro Farid (orang Gunung) yang membawa dan menunjuk arah kepada kami menuju ke tapak peninggalan sejarah.Dan terima kasih juga kepada perancang utama kami iaitu Tuan Tanah Kedaung Azmi Alipikau.Tak di lupakan juga terima kasih kepada kawan2 iaitu Halizuan, Uncle Din dan anaknya Uda

Sabtu, 9 Mei 2015

Myvi putih terbabas ke dalam gaung laluan ke Bukit Frasser

Seramai 5 orang mangsa dari bukit frasser menuruni bukit yang bengkang-bengkok menuju ke kuala kubu baru terbabas dengan kereta myvi nya ke dalam gaung.Syabas kepada pihak bomba yang bertungkus lumus menaikkan 2 mangsa yang berada didalam gaung.Semasa cubaan pertama menaikkan mangsa tiba2 besi pengangkat mangsa patah dan mangsa berserta 2 orang bomba mengelunsur jatuh semula ke dalam gaung.




Sedutan video menaikkan mangsa kali kedua menggunakan tangga


Rabu, 25 Februari 2015

Percutian Budget ke Bandung

Salam,
Jom pegi bandung RM 235 per person for 4 day 3 night (*included hotel and transport)
Tentative Program
Day1
*Tiba diBandung
*Pasar Baru trade center
*Lunch & Check in Hotel Raffleshom
*Toko Tiga (Branded Jeans)
*d'fashion factory outlet kain potong
*Factory Outlet At Jalan Riau (Heritage,Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The Secret )
Day2
*Gunung Tangkuban Parahu
*Ciater Hot Spring
*Kebun Strawberry and tea park
*Membeli-belah di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
* Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, gossip,level, etc)
Day3
*kawah putih crater/trans studio indor themes park
*rumah kain sulam taman kopo
* cibaduyut-shoes and jacket leather original
*factory outlet area riau street,the secret, heritage,oases, etc
Day4
*check out hotel
*Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
*paris van java shopping mall
*Airport transfer
Term and condition
*included transportation for 4 day3 night type kereta 7seater all included
*included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
*rate is not included entrance fee
*Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
*rate 6 pax~235rm per person
kalau 4 pax~275rm per person
kalau 2pax~395rm per person
*not included lunch and dinner
*not included ticket flight and airport tax
*we dont need deposit~all payment at last day in bandung
*whatapps +62 859 4555 1308
Amien.ariesta@yahoo.com


 Raffleshome Hotel
 
 Raffleshome Hotel
 
Raffleshome Hotel
 
 Bersama Pak Amien
 
 Layan Trans Studio sat
 
 Salah satu FO - Bali Heaven
 
Tangkuban Perahu
 Tangkuban Perahu
 
Pink Horse di Tangkuban Perahu
 
Lihat di sini cerita pengalaman saya pertama kali ke Bandung


 

Khamis, 27 November 2014

Tempahan untuk bulan 12 sudah Di tutup

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah  rumah A fully book sehingga hujung bulan 12 ini. Jika ada yang ingin membuat tempahan untuk tahun 2015 boleh la menghubungi saya melalui call, sms ataupun whatapps di talian 013-2971003 / 017-9753931
Terima kasih di ucapkan kepada pengunjung-pengunjung yang pernah bermalam di Syed Homestay. Jika ada kekurangan bolehlah terus memberitahu saya....Insha Allah kami di Syed Homestay akan membuat yang terbaik untuk pengunjung-pengunjung dengan kadar sewa yang murah dan berpatutan.
 

Khamis, 28 Ogos 2014

Lokasi Syed Homestay

Disini saya berikan koordinat syed homestay. Anda cuma perlu set sahaja dalam GPS anda Coordinates: 3°45'16"N, 103°14'32"E

Anda juga boleh klik link dibawah untuk melihat peta wikimapia, iaitu lebih kurang macam google map la.Di dalam peta tersebut saya telah tandakan petak ""Syed Homestay".
Terima kasih 

 


Di bawah ini ialah lakaran laluan ke Syed Homestay
 
 
Peta Laluan Ke Syed Homestay



Selasa, 26 Ogos 2014

Percutian Ke Bandung Part 2

Ini adalah percutian kami ke Bandung buat kali ke 2 pada 8 Jun -10 Jun 2014 selama 3 hari 2 malam.Dengan harga Tiket Air Asia serendah RM 328 untuk 2 orang pergi dan balik.Murah kan...seorang hanya RM 164 sahaja. Dan percutian yang boleh dikatakan paling rendah setakat ni kerana Ana hanya membelanjakan tiket untuk kapal terbang sahaja...yang selebihnya di biayai oleh supir Pak Amien..Dengan kata lain Pak Amien belanja Ana...Macam mana tu???Itupun pak amien berkali-kali call Ana supaya datang ke Bandung.Katanya ramai tetamu dari Malaysia yang lihat blog Ana dan secara tak langsung terpromosi perkhidmatan pak amin. Tu la sebab Pak Amien sanggup belanja Ana ...rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari.

KLIA 2
Kali ini kami pergi hanya untuk jalan-jalan sahaja dan malas nak bershopping sakan....
Ini lah Pak Amien.Tiba sahaja di airport hussien Sasteranegara Bandung, sudah ada Pak Amien menunggu dan terus membawa kami ke tempat minum ekslusif tetapi harganya murah jika di bandingkan di Malaysia. Makan minum sepanjang di Bandung di biayai sepenuhnya oleh Pak Amien.Ingatkan Pak Amien sediakan hotel dan transport sahaja.Rupa-rupanya makan minum sekali...makanan dan minum memang yang istimewa...tak pernah jumpa kat Malaysia.

SIMPATI prepaid card pun orang bagi...pakai ni jer senang nak berwhat app and facebook.Murah bangat 
Lepak makan malam kat sini pulak. Ini ialah nasi bakar.....nampak simple tapi menyelerakan sekali.
 Lokasi di dalam bangunan Pasar Baru yang famous tu. Ana biasalah mesti mencari jersey basikal dulu....murah bangat pak.Jersey ni baru RP45,000 ( RM12 ). Kalau kat malaysia ni paling murah pun RM40-50.

 Makan tengahari di Simpang Raya. Ini lah makanan sunda.....Lauk pauk yang banyak..pilih dan makan...nanti Pak Amien yang bayarkan hi hi hi
 Satu lagi tempat yang wajib singgah jika ke Bandung.....Toko Tiga gedung Jeans yang berjenama. Puas hati beli kat sini....dah la murah...siap potong kaki seluar kekalkan yang asal.So nampak macam tak potong la kaki seluar tu

 Malam nya pula....kami di bawa oleh Pak Amien ke Stone Caffe...salah satu tempat yang esklusif.Makananya yang enak2 dan suasana tempat makan yang mendamaikan iaitu permandangan dari atas bukit. Sambil makan kita boleh melihat permandangan waktu malam kota Bandung.

Nun di bawah sana Kota Bandung 

Stone Caffe...sambil makan sambil mendengar lagu..

Bali Heaven
 Factory outlet
Pak Amien berposing sebelum masuk ke tempat massage di Bali Heaven

Bapak mau Massage ya...

 Yang manis di sebelah Pak amien itu ialah adik ipar Pak Amien  (Tania), pembantu dan tour guide.

Disamping massage dan bershopping di Bali Heaven.....tempat makannya juga menarik.Nyaman sekali dengan suasana dalam taman..

Es Doger baven ( best air ni)

Nasi Goremg Kelapa

Gelagat budak-budak sekolah

Tu dia satu-satunya supir perempuan (Tania)
Musola (surau) setiap tempat membeli belah di sediakan musola.

Di airport bandung, sementara menunggu pesawat untuk pulang...sikit kan barang-barang yang dibeli
Selamat Tinggal Bandung....

Sebelum Pulang Pak Amien pesan kalu ada teman-teman dari Malaysia ingin ke bandung boleh la rujuk pakej yang pak amien tawarkan ni atau boleh rujuk post saya sebelum ni untuk melihat kadar sewa pengangkutan dan sebagainya di http://www.syedhomestay.blogspot.com/2012/10/percutian-ke-bandung.html
Manakala jika ambil pakej:
Untuk 4 Hari 3 Malam, Pak Amin tawarkan RM500/pax (Hotel,Pengangkutan,Makan Tengahari,malam).
 @
Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan contact no Pak Amien Arista boleh la komen di bawah ini atau boleh email ke Ana di syed_shamsul@yahoo.com.my
nak what app pun boleh +60132971003